Kesilapan kewangan orang lelaki:
Ini cerita saya, pada 2006 saya buat perkara bodoh... Saya beli Honda Accord baru dengan harga RM159,800... Tetapi tinggal di rumah sewa sebuah teres low cost di Jalan Klang Lama... Yang bila hujan, ada waterfall dalam rumah... Tidur pun atas tilam spring yang springnya pun dah cucuk badan ala-ala akupuntur...
Kereta saya lebih mewah daripada barang dalam rumah... Sepatutnya boleh tidur dalam kereta... Bila bercerai, banyak alasan kedua-dua pihak menyalahkan itu dan ini... Tapi sebenarnya ia berpunca daripada salah urus kewangan... Wang jadi punca...Yang lain isu sampingan sahaja...
Hari ini saya lihat ramai kawan-kawan lelaki tidak peduli pasal rumahnya... Tetapi lebih kepada kereta... Saya bukan bercakap pasal investment... Saya bercakap pasal rumahku syurgaku... Sentiasalah jadikan rumah lebih selesa daripada kereta dan bukan sebaliknya... Nanti akan datanglah kereta yang selesa di kemudiannya...
Kalau tak mampu beli, sewa sahaja, asalkan lebih selesa...
Wallahualam...
sumber